ANJUNG HUFFAZ
PUSAT HAFAZAN DAN PENGAJIAN AL-QURAN
-
Melahirkan generasi Al-Quran yang memiliki ilmu yang mantap, amalan Islam yang sentiasa segar dan keghairahan mendakwahkan agama Allah SWT dengan tingkat profesionalisme yang tinggi.
-
Membentuk peribadi Muslim dan Mukmin sejati berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah dengan mengambil percontohan berbagai dimensi kehidupan Rasulullah SAW serta para sahabat Baginda.
-
Melahirkan kumpulan pendakwah dan pekerja agama yang mempunyai daya tahan dan juang yang tinggi dalam usaha membentuk masyarakat yang beriman bertunjangkan Al-Quran.
-
Membentuk golongan muda yang berketerampilan tinggi dalam ilmu agama dan ilmu-ilmu alat untuk kehidupan di dunia.
OBJEKTIF
Melalui pendidikan holistik, bakal Huffaz yang dilahirkan mempunyai kualiti berikut:
-
Mempunyai “worldview” dan wawasan hidup yang menjangkau di luar daripada kepentingan diri dan keluarga sebaliknya sentiasa memikirkan permasalahan ummat sejagat tanpa sempadan.
-
Alim dalam ilmu Al-Quran dan As-Sunnah serta lain-lain ilmu Islam yang berkaitan.
-
Bertindak sebagai pendakwah profesional yang arif dalam ilmu Al-Quran dan cabang-cabangnya.
-
Menguasai ilmu-ilmu alat moden seperti komputer dan lain-lain teknologi penyampaian maklumat.
-
Sentiasa komited menjalankan tanggungjawab mendidik ummat.
-
Menjadi “role model” kepada masyarakat dengan penampilan akhlak mulia.
KUALITI HUFFAZ YANG DILAHIRKAN
-
1 blok surau dengan kapasiti 1,000 orang.
-
1 blok pejabat menempatkan bilik mesyuarat, bilik dokumentasi, bilik percetakan dan ruang masak.
-
2 blok asrama dengan kapasiti 150 orang setiap blok.
-
1 blok dewan makan dengan kapasiti 500 orang.
-
1 blok kelas pengajian 2 tingkat yang mengandungi 15 buah bilik darjah.
BINAAN ANJUNG HUFFAZ
SUMBANGAN
MASYARAKAT
Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk wakaf khas tunai, wang peruntukan zakat, infaq/derma dan berbagai saluran yang lain yang menepati kehendak Syarak.
​
Maklumat tentang LAPIS boleh diperolehi melalui FACEBOOK ANJUNG HUSNUL KHATIMAH LAPIS. Sumbangan juga boleh dibuat secara online ke akaun YAYASAN KEBAJIKAN SABHA (2016), Maybank, TTDI bernombor 564276527165.